Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia.Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia.

Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.
Pulau Sipadan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti Barracuda, penyu, ikan, dan sebagainya.
Warna-warna
yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua
besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh
pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin
menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat
perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.
Di
sekitar Pulau Sipadan mempunyai beberapa kawasan popular untuk
penyelam "Hot spot center to scuba divers" misalnya Barracuda Point,
Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Gardens, Drop Off (terletak berhampiran
jeti utama Pulau Sipadan), North Point, West Ridge, Taman-taman
Tergantung (Hanging Gardens), Lobster Lair, Staghorn Crest, South Point,
Turtle Patch, Batu Karang Tengah (Mid Reef), Whitetip Avenue dan Coral
Gardens.
KEISTIMEWAAN PULAU SIPADAN....
Pulau Sipadan amat terkenal dengan keindahan lautnya yang
menjadi faktor utama ramai pelancong sama ada di dalam ataupun di luar
negara berkunjung ke sini dan menghabiskan percutian mereka bersama
keluarga tersayang dan juga di samping orang yang disayangi.

Bagi
yang berminat dengan ketenangan alam semulajadi, bolehlah berkunjung
dan bercuti di pulau ini. Pulau Sipadan juga telah menyediakan
pakej-pakej percutian yang sesuai bagi sebuah keluarga, pasangan kekasih
dan sebagainya.
Oleh
yang demikian, sebagai seorang warga Sabah, saya dan rakan-rakan amat
bersyukur kerana mempunyai keindahan alam ciptaan Tuhan seperti Pulau
Sipadan di negeri tercinta kelahiran kami.
No comments:
Post a Comment